Thursday, July 14, 2011

think health, not drugs: Siapa SKUAD 1Malaysia?

think health, not drugs: Siapa SKUAD 1Malaysia?: "Logo SKUAD 1Malaysia Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri sempena pe..."

Sunday, April 3, 2011

Dikau Pilihan Hatiku...


Gambar Kenangan Manis bersama isteriku yang tercinta...Takkanku sia-siakan dirimu duhai cintaku..

KEBESARAN CIPTAAN ALLAH

Percutian aku ke Cameron Highland, aku sangat kagum dan teruja dengan alam semulajadi yang terbentang, kedinginan bayu yang membelai.Benar Ya Allah, tidak sia-sia Kau jadikan alam ini.Terasa kerdil aku berada di duniaMu ini.

Penulis.

Sunday, March 27, 2011

Transformasi Apartment Sri Markisa

Pelbagai tranformasi yang telah dilakukan oleh Apartment Sri Markisa, diantaranya pos kawalan, pemasangan pagar dan rondaan secara giliran dikalangan penduduk. Transformasi ini penting untuk mengurangkan kadar kecurian seterusnya menjamin keselamatan penduduk.

Semoga aktiviti gotong-royong ini dapat diteruskan, dan hubungan silaturrahim ini menjadi lebih harmoni.

Meja Penulis

Monday, February 7, 2011

Nikon 3100D..Aku Beli Untuk Bisnes Photography..

Aku amat teruja apabila membeli Kamera DSLR pertama aku, model Nikon 3100D, model paling terkini. Aku beli pun atas minat dan ingin membuat side income sebagai jurugambar untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan acara-acara utama. kepada kawan-kawan semua, jika ingin mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan anda, bole hubungi aku.Harga kita boleh bincang.

Friday, January 7, 2011

PERBINCANGAN DENGAN AJK PERSATUAN PENDUDUK SRI MARKISA

Selepas solat isyak tadi aku berbincang dengan salah seorang AJK surau Sri Markisa, perbincangan kami berkisar tentang mewujudkan kelas pengajian AlQuran dan Kelas Tuisyen. Aku terpanggil untuk membuat program ini untuk menabur bakti kepada komuniti Sri Markisa sambil mengisi masa lapang aku. Bolehlah aku menambah pendapatan sampingan untuk menyara keluargaku.

Semoga niat dan komitmen baru aku ini mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah SWT..Ameen...

Wednesday, January 5, 2011

HARI NI MESYUARAT PENDUDUK APRT SRI MARKISA

Hari ni mesyuarat penduduk apartment Sri Markisa, lantikan baru pengerusi telah dijalankan, Abg Lan Burger telah dilantik secara rasmi.sebagai pengerusi yang baru. Aku bercadang ingin membantu penduduk di sini dengan mengadakan tuisyen. sekurang-kurangnya dapat membantu penduduk di sini. Aku pun ingin merancang beberapa program membabitkan belia dan orang dewasa di sini. AJK yang aku lihat pun begitu mesra dan mantap. Semoga kepimpinan yang ada dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan sempurna.